Anak-anak syurga'

Azti Nurul syahirah bt Azhar 
AIF 160004
Anak-anak syurga'. Lawatan kami ke WAO pada 16 April (Ahad) telah memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka. Walaupun pada awalnya, mereka kelihatan malu-malu dan takut kepada kami. Akan tetapi mereka kelihatan sungguh gembira apabila banyak aktiviti dijalankan sehinggakan kami berasa berat untuk meninggalkan tempat itu. Aktiviti yang dilakukan bersama mereka seperti membuat 'sandwich' dan mencipta layang-layang telah menunjukkan mereka mempunyai bakat terpendam dan mempunyai kemahiran. walaupun terdapat masalah komunikasi kerana terdapat kanak-kanak yang bukan warganegara, tetapi itu bukan masalah untuk kami mengenali satu sama lain dan melakukan aktiviti bersama-sama.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG