Aktiviti di WAO


MOHAMAD AKIF BIN YUSOP
AIF160043
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Jalinan Masyarakat untuk kedua kalinya telah pun berjalan dengan lancar.Kali ini kami dari pelajar Jabatan Asia Tenggara berpeluang untuk mengadakan aktiviti bersama dengan mangsa penderaan dari luar negara iaitu dari Afghanistan. Pada sesi pagi kami telah mengadakan sedikit aktiviti senaman dan zumba bersama-sama mereka.Selepas itu kami juga mengadakan aktiviti seperti"Musical Chair", mengajar cara membuat "Sandwich", aktiviti membaca buku bersama, menonton filem karton, gotong-royong dan mengajar cara-cara membuat layang-layang.Saya dapat melihat keriangan mereka pada hari tersebut. Selain itu juga saya dapat belajar cara untuk mengatasi kanak-kanak yang berada dalam keadaan "mood" yang tidak baik. Akhir sekali banyak pengalaman yang saya timba dalam mengikuti aktiviti Jalinan Masyarakat ini. Itu sahaja dari saya...Sekian :)




No comments:

WELCOME TO OUR BLOG