Hari yang bermakna


Yap Wen Kang 
AIF160040

Pada 6 Mei 2017 merupakan hari yang bermakna untuk saya. Kita telah membawa kanak-kanak dari WAO membuat lawatan ke Planetium, Taman rusa dan Muzium negara. Pengalaman bagi mereka adalah berbaloi kerana ini kali pertama bagi kanak-kanak WAO untuk melawat tempat sejarah dan Taman yang cantik di negara kita. Pengalaman ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi kenangan yang baik kepada mereka. Saya rasa aktiviti Jalinan Masyarakat ini yang paling bagus dan bermakna kerana dapat membantu mereka menambah ilmu. Saya nampak kanak-kanak sangat gembira semasa melawat di planetium. Mereka sangat menarik kepada alat-alat yang digunakan dalam space semasa melawat Planetium. Saya juga dapat melihat seorang kanak-kanak sangat suka muzium negara semasa berbual-bual dengan kita. Dia memberitahu dia sangat suka lawatan ini kerana dia dapat mengetahui banyak pengetahuan daripada lawatan tersebut. Oleh itu, saya rasa program Jalinan Masyarakat ini memang dapat membantu. Pada akhir sekali, Saya berharap mereka akan berjaya pada suatu hari nanti.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG