Ziarah menziarahi untuk merapat kan hubungan antara satu sama lain

Ahmad Arash Bin Yusoff
AIF 160050


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada  rakan - rakan seperjuangan sekalian, terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Chong Wu Ling kerana telah banyak membantu kami dalam menjaya kan lawatan kami ke WAO pada 23 April 2017. Sepanjang saya berada di WAO, banyak input yang saya perolehi daripada program ini , lawatan ini mampu merapatkan keakraban saya dengan kanak-kanak di WAO, banyak program yang dapat saya lakukan bersama kanak-kanak di WAO antaranya meluangkan masa dengan kanak-kanak dan bermain plastecine. Program sebegini membolehkan hubungan dengan kanak-kanak semakin rapat sehinggakan mereka tidak bagi saya balik. Sepanjang keberadaan saya di WAO, serba sedikit saya mengetahui keadaan mereka sepanjang berada di situ. Macam mana mereka menghabiskan waktu lapang dan macam mana mereka bermain. Akhir sekali, program sebegini membolehkan saya mengenali mereka dan menjalinkan ukhwah antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat. Sekian

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG