WELCOME

Pengajaran dapat selepas menjalan aktiviti di WAO


Maizatul Aqmalieza bt Mohammad Salehuddin
AIF160053


Assalamualaikum dan salam sejahtera,hasil daripada program Jalinan Masyarakat Jabatan Asia Tenggara 2017 yang saya dapati adalah program ini telah membuka mata saya untuk mengenali dan mendekati masyarakat luar dengan lebih dalam.Program yang dijalankan ini adalah dibawah naungan Women Aid Organisation atau lebih dikenali sebagai WAO. Program ini membolehkan saya sebagai mahasiswa turun padang untuk mendekati anak-anak kecil iaitu kanak-kanak mangsa dera oleh ibu bapa mereka.Pada hari Ahad tanggal 16April2017,saya serta rakan-rakan telah berkunjung ke pusat perlindungan di mana kanak-kanak mangsa dera ini tinggal.Disana,kami telah melakukan pelbagai program seperti bermain “musical chair”,menyediakan sandwich serta melakukan aktiviti bergotong-royong bersama-sama.Walaupun ianya merupakan sumbangan yang kecil,namun kami sangat berbesar hati melakukannya.Program ini juga membolehkan saya merapatkan hubungan bukan sahaja bersama kanak-kanak tersebut malah ikatan persahabatan antara rakan-rakan sekelas bertambah erat.Kami bersama-sama melakukan setiap tugasan yang diberi dengan amanah dan rela hati.Harapan saya agar semua mahasiswa Universiti Malaya menganggap program seperti ini merupakan satu platform untuk mendidik diri menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur di atas takdir yang telah ditentukan dan dapat memupuk sikap saling bantu-membantu antara satu sama lain tidak kira kaum,agama serta bangsa.Akhir sekali,jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.Semoga ukhwah yang terjalin kekal abadi.

No comments: