“ BERKORBAN DEMI KEJAYAAN”

MOHAMMAD IRFAN SYAHMI BIN MAZLAN
AIF160017

                    

Program penutup kursus jalinan masyarakat “jabatan asia tenggara” yang berlangsung pada tarikh 13/05/2017  iaitu pada hari sabtu telah tamat dengan jayanya. Sebelum majlis penutupan, pelbagai persediaan telah dilakukan oleh setiap wakil unit antaranya protokol, media, teknikal dana dan sebagainya. Kami bertungkus lumus dalam menyediakan majlis terakhir supaya berjalan dengan lancar dan khususnya kepada jemputan khas iaitu kanak-kanak tesebut. Program kami telah diadakan di “Dataram Siswa” di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Selain itu, kami juga telah mengundang tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan untuk menyerikan lagi majlis ini. Seterusnya, majlis kami diserikan lagi dengan kehadiran kanak-kanak dari WAO. Program kami dimulai dengan ucapan aluan-aluan dari pengerusi majlis, seterusnya bacaan doa serta beberapa persembahan menarik dari kami demi memeriahkn lagi majlis ini. Saya juga lihat program itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan suasana ketika itu sangat meriah. Tambahan pula, dengar keriangan dari suara kanak-kanak yang teruja dengan makanan yang dihidangkan di atas meja. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras program “jalinan masyarakat” iaitu Dr.Chong Wu Ling kerana memberi tunjuk ajar  kepada kami demi menjayakan kursus jalinan masyarakat ini dan tidak lupa juga kepada para sahabat yang sudi membanting tulang menyiapkan segala persiapan untuk majlis yang gilang gemilang ini serta kepada wakil WAO kerana sudi hadir dalam program rasmi ini. sekian

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG