KITA SATU KELUARGA

MOHAMMAD IRFAN SYAHMI BIN MAZLAN
                    AIF160017                       
Pada 23 april, iaitu pada hari sabtu dua kumpulan telah terbabit dalam menjayakan program ini. Dua kumpulan telah dibahagikan sesi pada waktu pagi dan disambung pada waktu petang. Saya sebagai wakil kumpulan keempat telah menjalankan sesi kami pada waktu tengahari. Kami telah disertai oleh 6 orang ahli kesemuanya dan ... kanak-kanak. Lantaran itu, setiap ahli telah dibahagikan tugas dan mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan misi kali ini dengan memberikan layanan yang mesra kepada kanak-kanak bagi mengubat dukacita yang ditanggung selama ni oleh mereka. Seterusnya, aktiviti kami yang pertama ialah bermain plastesin bersama kanak-kanak dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Selanjutnya, tiba pada waktu tengahari kami memberi makan dan minum kepada mereka dengan secukupnya. Akhir sekali, tiba masanya untuk kami pulang dan mengucapkan selamat tingga serta lambaian terakhir yang bermakna buat mereka. Dapatan dari program yang dijalankan ini, ia sedikit sebanyak dapat memupuk kasih sayang terhadap kanak-kanak  serta memahami penderitaan yang telah dilalui oleh mereka serta. Kami amat gembira sekali kerana dapat melihat kegembiraan yang jelas terpancar di riak muka mereka serta berasa berpuas hati kerana memberikan layanan yang terbaik buat mereka.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG