Refleksi WAO

Jhasvinie a/p Selvan
AIF 160014

Pada 23 April 2017 saya dan rakan-rakan telah menjalankan Program Jalinan Masyarakat di Pusat Penjagaan Kanak-kanak di bawah kelolaan Women’s Aid Organization. Saya telah memperolehi banyak pengalaman iaitu sikap mesra dan bersabar ketika mengendalikan kanak-kanak tersebut disebabkan bukan semua kanak-kanak boleh dikendalikan dengan begitu mudah. Ia bergantung kepada sikap dan mood kanak-kanak pada waktu tersebut.
Ketika kami menghadirkan diri ke sana kanak-kanak begitu gembira dengan kehadiran kami sebab jarang pelawat pergi ke tempat sana. Mereka teruja dengan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di sana. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah art plasticine. Dengan melakukan aktiviti tersebut, kanak-kanak dapat berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka dapat membuat pelbagai corak dengan masa yang begitu singkat. Kami juga dapat menguji minda kanak-kanak dan imaginasi mereka.
Kebiasaannya melalui aktiviti ini, kita dapat mengetahui apa yang sebenarnya berada di dalam pemikiran kanak-kanak tentang sesuatu perkara. Oleh itu, segala idea akan terhasil. Jadi, semua hasil comel-comel belaka. Kanak-kanak yang paling kecil pun boleh menghasilkan binaan plasticine yang menjangkau pemikirannya. Seterusnya, aktiviti yang kami lakukan ialah “Story Telling”. Kanak-kanak begitu pantas membawa buku cerita yang terdapat di dalam rak buku. Kami dapat mengenal pasti bahawa kanak-kanak lebih suka tengok pada gambar-gambar yang terdapat di dalam buku cerita daripada membacanya. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan minat membaca di kalangan kanak-kanak tersebut.
Aktiviti yang terakhir ialah, “Colouring”. Kebanyakan kanak-kanak memang suka dengan aktiviti mewarna. Kepelbagaian warna mempesonakan si kecil. Justeru, cara ini boleh dijadikan sesi pengenalan kanak-kanak kepada warna. Kepelbagaian warna yang diperkenalkan adalah cara yang berkesan untuk membuat kanak-kanak mengenal pasti dan ingat bayangan warna.

Kesimpulannya, kami dapat melihat perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal dan mental. Di samping itu, perkembangan emosi dapat dilihat melalui penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan. Seterusnya, melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG