JM 06/05/2017




SITI NORSYAHIRAH BT ISHAK
AIF 160064

Tanggal 6/5/2017 iaitu pada hari sabtu yang lalu, kami telah membawa seramai 6 orang kanak-kanak dan seorang penjaga dari WAO untuk ke beberapa tempat tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur untuk menjalankan aktiviti JM yang seterusnya. Antara tempat yang telah kami lawati ialah Planetarium, Taman Rusa dan Kancil, Taman Botani, dan Muzium Negara. Kami bertolak ke tempat-tempat berkenaan dengan menaiki beberapa buah kereta. Di Planetarium, kanak-kanak tersebut diberi pendedahan tentang ilmu sains seperti sains angkasa, teknologi sains yang digunakan, contoh-contoh meteor dan sebagainya. Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat teruja dan gembira untuk meneroka Planetarium. Selain itu, ketika di Taman Rusa dan Kancil, kami juga dapat membawa mereka melihat rusa dan beberapa haiwan hutan yang lain seterusnya menikmati makan tengahari di Taman Botani. Aktiviti diteruskan dengan menuju ke taman permainan yang terdapat di Taman Botani tersebut. DI sini kanak-kanak terbabit dapat bermain dengan riang dan bebas. kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka kerana peluang ini jarang dilakukan. Akhir sekali, kami menamatkan aktivti JM pada hari tersebut dengan mengunjungi Muzium Negara. LAwatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak berkenaan tentang sejarah Malaysia. Melalui lawatan ini juga mereka dapat melihat sendiri barang-barang prasejarah yang sebelum ini hanya dapat dilihat di dalam buku sahaja. Biarpun penat, namun senyuman tetap terukir di bibir kami dan kanak-kanak WAO tersebut.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG