Lawatan luar


NURUL FARIHAH Binti AZIZAN 
AIF160047




Pada 6/5 kami bersama Kanak-kanak WAO mengadakan lawatan ke planetarium, muzium negara Dan banyak lagi. Kami Bermula pada awal Pagi menjemput kanak-kanak Dan meneruskan perjalanan ke planetarium.  Sesampai disana kami bersama Kanak-kanak WAO merasakan sesuatu yang baru. Kami memberi pengenalan pada mereka tentang dunia sains yang mereka harus tempuhi kelak. Yang ingin saya sentuh pada kali ini ialah kerjasama sepasukan Jabatan Asia tenggara dalam menjalankan aktiviti pada hari tersebut Amat memberansangkan. Ia seperti tiada istilah penat lelah dalam melakukan aktiviti bersama Kanak-kanak WAO. Penat Dan lelah itu digantikan dengan senyuman Dan gelak tawa Kanak-kanak tersebut sudah berbaloi untuk menghilangkan penat. Mengadakan lawatan bersama Kanak-kanak WAO Amat membantu Kami kali ini untuk menghilangkan stress membuat kertas kerja kami disambil menjalankan aktiviti tersebut. Semasa perjalanan Kami Dari tempat ke satu tempat seorang kanak-kanak tersebut cerita kan pada Kami tentang hasratnya Ingin berjalan-jalan menaiki Kereta bersama ibu bapa nya. Hal ini telah menyentuh hati saya pada kali ini. Seorang Kanak-Kanak mempunyai hasrat untuk Berkumpul sebagai keluarga yang bahagia. Terdetik dihati saya ingin mengatakan bahawa kami sanggup menjadi keluarga barunya Dan kami sanggup membawanya berjalan-jalan. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan amat bermakna kerana telah memberi kesedaran kepada saya sikit Demi sedikit. 😊

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG