WELCOME

Kenangan di WAO


Noor Aisyah Bt Tuah
AIF 160058

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya sekali lagi berasa bersyukur diatas peluang kali kedua untuk meluangkan masa dan beraktiviti bersama kanak-kanak dari WAO. Banyak yang saya pelajari dari aktiviti pada hari tersebut. Antaranya, saya belajar untuk berinteraksi dan mendekati kanak-kanak di sana untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang. Sememangnya perkara ini bukanlah mudah yang disangka kerana saya dan sahabat-sahabat saya perlu berusaha untuk mendekati mereka dan memastikan mereka selesa bersama kami di sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti pada hari ini juga mengajar saya agar sentiasa bersyukur dan tabah dalam apa jua yang mendatang. Malah, aktiviti ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya sokongan kita sebagai masyarakat untuk saling membantu mereka yang memerlukan. Walaupun sokongan atau bantuan kita yang mungkin kelihatan tidak seberapa, tetapi mungkin besar maknanya pada mereka.
                                   

No comments: