Lawatan ke Planetrium bersama WAO


Ahmad Arash Bin Yusoff
AIF 160050




Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada sahabat seperjuangan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr Chong Wu Ling, Penyelaras Jalinan Masyarakat kerana sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami untuk melaksanakan satu program yang hebat iaitu lawatan ke Planetrium pada 6 Mei 2017 bagi memberikan serba sedikit ilmu aero angkasa kepada mereka. Jelas sekali mereka cukup teruja apabila masuk kedalam Planetrium dan ia memberikan satu kepuasan kepada kami. Selain itu juga, saya juga dapat menerangkan kepada mereka serba sedikit tentang angkasa lepas ini, macam mana manusia menerokai planet marikh dan macam mana kuasa infra-red mampu memberikan gelombang komunikasi . Mereka juga seronok apabila dapat masuk dan bermain dengan permainan yang disediakan seperti ruang bulan yang senget. Akhir sekali, program ini memberikan saya ilmu baru dan juga memberi sumber inspirasi kepada saya untuk terus mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan. Akhir kata dari saya terima kasih lagi sekali kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana telah melancar kan program kami. Sekian

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG