Cahaya Kegembiraan…


MOHAMAD AKIF BIN YUSOP
AIF160043






 Pada Sabtu bersamaan dengan 6/5/2017, saya bersama rakan-rakan pelajar Pengajian Asia Tenggara sekali lagi telah menjaya aktiviti Jalinan Masyarakat yang telah dijalankan di beberapa buah tempat sekitar Kuala Lumpur. Pada jam 10 pagi penghuni WAO yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak telah menunggu kami di hadapan pagar tempat kediaman meraka untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama dengan kami. Pada saat itu, mereka sangat gembira dengan kedatangan kami dan pakaian mereka juga sungguh cantik dan kacak bergaya waktu itu.

Pada jam lebih kurang 10.30 pagi, kami bergerak ke Planetirium Negara yang terletak di Taman Perdana. Di sana mereka dapat melihat dan mempelajari tentang planet-planet yang terdapat di luar sana yang dipamerkan di situ. Mereka sangat gembira pada waktu itu kerana dapat mengetahui perkara-perkara yang unik yang terdapat di luar sana. Banyak juga soalan yang ditanya oleh kanak-kanak ini tentang planet kepada kami dan kami pun menjawab apa yang kami ketahui sahaja. Selain itu, mereka juga berpeluang mengetahui tentang angkasawan negara iaitu Dr. Sheikh Muzafar Syukor. Banyak jugalah pameran yang dipamerkan tentang angkasawan negara. Kami berharap agar kanak-kanak ini menjadi seperti beliau suatu hari nanti.

Selepas itu, kami meneruskan lawatan ke Taman Kancil dan Rusa yang tidak jauh dari Planetirium Negara. Di situ, rusa dan kancil tidak kami kelihatan tetapi hanya ada 2 ekor sahaja. Itu pun pada waktu kami mahu meninggalkkan tempat itu. Selepas itu, kami semua menjamu selera Nasi Ayam bersama-sama kanak-kanak WAO tersebut di Taman Botani. Mereka kelihatan sangat lapar pada waktu itu. Selepas itu pula, kami membawa mereka ke taman permaianan. Mereka kelihatan begitu teruju pada waktu itu melihat taman permaianan tersebut.

Kami meneruskan pula aktiviti kami dengan mengadakan lawatan ke Muzium Negara. Disitu, kanak-kanak ini dapat mengetahui tentang serba sedikit tentang tamadun manusia dan tentang negara kita iaitu Malaysia. Selepas lawatan ke Muzium Negara maka berakhirlah sudah aktiviti kami. Pada ketika kami mahu hantar pulang mereka, seorang kanak-kanak WAO menangis kerana mahu terus bersama saya dan rakan-rakan dan kami berjaya menenangkan kanak-kanak tersebut. Itu sahajalah pengalaman manis daripada saya. Sekian terima kasih




No comments:

WELCOME TO OUR BLOG