Lawatan UM ke WAO

SABRIAH BINTI RAHMAN  
AIF 160063

 Pada 23 April 2017 bersamaan hari ahad saya bersama dengan rakan saya daripada kumpulan 3 pelajar daripada Jabatan Asia Tenggara dan bersama Dr. Chong telah bergerak dari UM ke rumah WAO bagi menjalankan lawatan di rumah WAO. Ketika berada disana kami melakukan beberapa aktiviti bersama kanak-kanak yang berada di WAO. Antara aktiviti yang kami jalankan seperti senaman pagi di luar rumah WAO bersama kanak-kanak tersebut, seterusnya bermain musical chair, sarapan pagi dan akhir sekali, melakukan aktiviti mewarna bersama mereka. Di dalam kumpulan saya ditugaskan untuk menyediakan beberapa kertas untuk mewarna untuk aktiviti mewarna bagi mereka. Saya sangat seronok kerana dpat meluangkan masa dengan kanak- kanak daripada WAO walaupun masa yang diberi kami adalah sngat terhad namun jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan dengan kehadiran kami bagi menghiburkan mereka. Kesimpulannya, aktiviti yang kami jalankan dapat menceriakan kanak-kanak ini akan berasa sunyi dan bosan apabila duduk dirumah sahaja tanpa bergaul dengan orang sekeliling.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG