sehari di rumah WAO

SITI NORSYAHIRAH BT ISHAK
AIF 160064

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Melalui aktiviti jalinan masyarakat (JM) yang telah dijalankan pada 16/4/2017 lalu, kumpulan kami telah disambut dengan kegembiraan oleh kanak-kanak dan penjaga Women's Aid Organisation (WAO). Pelbagai aktiviti yang kami jalankan bersama-sama kanak-kanak di WAO seperti menyediakan sarapan dan makan bersama-sama, bermain permainan kerusi berirama, mewarna dan sebagainya. Mereka kelihatan sangat teruja dan gembira walaupun ada di antara mereka yang bukan berasal dari Malaysia namun ia tidak menghalang mereka untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. Di samping itu, kami turut mengadakan sesi membaca bersama kanak-kanak terbabit dengan menggunakan buku-buku cerita yang kami bawa. Mereka juga menunjukkan buku-buku yang terdapat di perpustakaan mini mereka dan memilih salah satu buku tersebut untuk membaca bersama-sama kami. Akhir sekali, hubungan yang terjalin menjadi semakin rapat sehingga ada di antara mereka yang sukar melepaskan kami untuk pulang. 

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG