Refleksi ketiga



Jhasvinie a/p Selvan
 AIF 160014

Pada 6 Mei 2017, saya dan rakan-rakan telah membuat lawatan ke pelbagai tempat di sekeliling Kuala Lumpur bersama Pusat Penjagaan Kanak-kanak di bawah kelolaan Women’s Aid Organization. Tempat pertama yang kami lawati ialah Planetarium Negara. Mereka dibawa ke sana dengan bertujuan untuk memberikan kegembiraan serta menghilangkan kedukaan dalam hati mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains. Mereka dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana untuk menjadi seorang angkasawan Malaysia. Ini secara keseluruhannya dapat menaikkan semangat serta keinginan yang melonjak dalam hati mereka untuk berjaya sama seperti angkasawan pertama Malaysia.
 Tempat yang seterusnya ialah, Taman Rusa dan Kancil. Kanak-kanak begitu teruja dengan melihat haiwan-haiwan di sana. Suasana di sana begitu indah dengan pelbagai pokok-pokok di sekelilingnya yang boleh menenangkan fikiran kanak-kanak tersebut. Di samping itu, kami juga telah membawa kanak-kanak ke Taman Permainan Lake Garden. Kanak-kanak begitu suka dengan taman permainan sehingga mereka tak  nak balik, bersyukur kami dapat  memujuk mereka dan membawa mereka ke tempat yang seterusnya. Akhir sekali, kami telah melawati Muzium Negara. Di sana terdapat empat galeri iaitu Galeri A( Sejarah Awal) , Galeri B ( Kerajaan-kerajaan Melayu) ,Galeri C ( Era Kolonial) dan Galeri D ( Malaysia Kini). Kanak-kanak dapat melihat Singgahsana yang cantik itu dan juga Mural Hang Tuah dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga dapat menambahkan ilmu tentang Sejarah di Malaysia.
 Kesimpulannya, lawatan sambil belajar adalah penting bagi meningkatkan perasaan ingin tahu dan merangsang perkembangan kanak-kanak seiring dengan pertambahan usia mereka. Pemantauan fasilator sepanjang lawatan adalah penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin sepanjang berada di luar pusat penjagaan selain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia luar dalam persekitaran yang selamat dan meyakinkan




No comments:

WELCOME TO OUR BLOG