Dari mana hendak kemana, Tinggi rumput dari lah padi, Bulan mana tahun lah mana, Boleh kita berjumpa lagi?

THIVIYASHNI A/P POOPATHI
AIF160038

          Bersyukur ke hadrat Ilahi, saya dan rakan-rakan telah berjaya menamatkan salah satu kajian lapangan dan program bagi memenuhi tugasan subjek wajib Universiti iaitu Jalinan Masyarakat bagi Semester 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Pengajian Asia Tenggara. Bagi memenuhi tugasan ini, kami telah memilih WAO dan telah menjalankan lawatan serta mengadakan aktiviti dan program selama 3 hari bersama kanak-kanak di sana iaitu pada 4 Mac 2017, 16 April 2017 dan 6 Mei 2017.

          Pada keseluruhannya, Jalinan Masyarakat ini telah dilaksanakan apabila semua yang menyertai telah memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Banyak faedah yang telah diperoleh melalui aktiviti ini, antaranya ialah dapat mengendalikan kanak-kanak dengan menggunakan inisiatif yang terbaik untuk mendekati mereka, memahami dan mempelajari cara mendidik kanak-kanak mengenai komunikasi dan penggunaan kata, menjalinkan hubungan sosial antara mahasiswa universiti dengan masyarakat sekeliling sama ada yang muda seperti kanak-kanak di rumah WAO tersebut serta staf di situ. 

          Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu aktiviti dan meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar daripada kampus. Aktiviti seperti ini mengajar kita agar tidak mengharapkan balasan apabila menyumbangkan secebis tenaga.

          Walau bagaimanapun, aktiviti ini tetap berjalan lancer kerana kerjasama dan semangat berpasukan antara ahli. Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah penasihat, Dr. Chong Wu Ling serta sokongan telah mendorong kami untuk merealisasikan Jalinan Masyarakat ini. Pengalaman yang sangat bermakna ini, sangat sukar untuk dilupakan. Saya sangat bersyukur, pihak universiti mewujudkan kursus ini. Kursus ini haruslah dikekalkan kepada generasi yang akan datang agar lebih ramai generasi muda masa akan datang sedar akan nasib yang dialami oleh setiap orang tidak sama. Sekian, terima kasih.


Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari lah padi,
Bulan mana tahun lah mana,
Boleh kita berjumpa lagi?

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG