"Keindahan Bersama"


Noor Aisyah Binti Tuah
AIF 160058


Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Melalui aktiviti pada kali ini banyak kesedaran dan pengajaran yang saya perolehi. Sebelum perjalanan bagi aktiviti bermula, kami menghadapi sedikit kesukaran apabila terdapat beberapa aral yang menyebabkan kami terlewat dari perancangan. Tetapi dengan kerjasama dan usaha sesama kami telah memulihkan sedikit sebanyak perihal tersebut dan aktiviti dapat diteruskan dengan baik. Semasa aktiviti berlangsung, terdapat juga beberapa halangan atau sedikit permasalahan tetapi kami berjaya menangani dan meneruskan rancangan kami dengan sebaik mungkin. Di penghujung aktiviti pula semuanya di akhiri dengan baik dan gembira. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat melihat kegembiraan terpancar di wajah setiap kanak-kanak dari WAO. Mereka bebas bermain dan meneroka serta mempelajari sesuatu yang baru dengan penuh keceriaan dan secara tidak langsung saya turut merasai kegembiraan tersebut. Terutama sekali di taman permainan yg terdapat di salah satu tempat aktiviti kami berlangsung, mereka cukup gembira apabila bebas bermain, menghirup udara segar dan bergurau senda sesama kami. Saya merasakan setiap penat lelah kami dalam menjayakan aktiviti pada hari itu amatlah berbaloi dan berharga.



No comments:

WELCOME TO OUR BLOG