“PENUTUPAN JALINAN MASYARAKAT”

NADIRAH BINTI MUHAMMAD
AIF160057

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada penyelaras program jalinan masyarakat iaitu Dr. Chong Wu Lin, pengarah program Azti Nurul Syahirah, pihak WAO serta ahli-ahli yang terlibat. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program ini, segala penat lelah sudah pun berakhir dan berbayar. Di minggu yang keempat jalinan masyarakat, kami telah mengadakan majlis penutupan dan menjalankan aktiviti yang terakhir bersama kanak-kanak WAO. Program penutupan ini dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu sesi petang dan sesi pagi.
Cik Aisyah Tuah selaku pengacara majlis bagi sesi pagi dan program bermula pada pukul 10.30 dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan. Prof. Dr. Hanafi telah merasmikan majlis penutupan jalinan masyarakat jabatan asia tenggara seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ceramah tentang hak kanak-kanak oleh wakil daripada pihak SUHAKAM. Majlis penutupan sesi pagi berakhir dengan penyampaian cenderahati untuk tetamu jemputan dan makan tengah hari bersama.
Kemudian, saya (Nadirah Muhammad) selaku pengacara majlis bagi sesi petang pada pukul 2 petang memulakan majlis dengan acara memotong kek. Selepas selesai majlis memotong kek, acara diteruskan dengan permainan bermain puzzle bersama kanak-kanak WAO. Pada kemuncak majlis penutupan sesi petang, ketua program diminta untuk memberikan ucapan, diikuti dengan ucapan penyelaras program dan wakil daripada WAO. Majlis diakhiri dengan penyampaian sagu hati kepada kanak-kanak WAO dan juga sesi bergambar beramai-ramai.
Apa yang saya dapat simpulkan di sini adalah, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab seharusnya lebih prihatin dengan isu-isu yang sensitif lebih-lebih jika isu tersebut berkaitan dengan kanak-kanak. Hal ini kerana kita perlu tahu bahawa kanak-kanak juga mempunyai hak mereka untuk melontarkan apa yang terbuku di hati dan minda mereka. Oleh itu, kita sebagai orang yang lebih dewasa mestilah sentiasa meluangkan masa mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan jika perlu. Sekian terima kasih.








No comments:

WELCOME TO OUR BLOG