Refleksi Penutup JM

 Jhasvinie a/p Selvan
 AIF160014

         Pada 13 Mei 2017, kami dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara tahun pertama sesi 2016/17 telah mengadakan Majlis Penutupan Jalinan Masyarakat yang telah dirasmikan oleh dekan Fakulti Sastera dan  Sains Sosial iaitu DR HANAFI BIN HUSSIN diiringi oleh wakil Women’s Aid Organization( WAO) dan Pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Majlis ini telah diadakan di dataran siswa dan juga turut disertai oleh kanak-kanak di bawah Pusat Penjagaan Kanak-kanak di bawah kelolaan Women’s Aid Organization. Majlis Penutup dimulakan dengan ucapan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, DR HANAFI BIN HUSSIN. Seterusnya, disambung dengan ucapan pihak suhakam, wakil (WAO) dan ucapan penyelaras kami Dr Chong Wu Ling.
          Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada wakil (WAO) dan pihak Suhakam. Tayangan video sepanjang aktiviti yang kami lakukan bersama kanak-kanak bagi mengenang memori-memori indah  bersama kanak-kanak di bawah kelolaan Women’s Aid Organization. Di samping itu, kami juga mengadakan aktiviti “Menyusun Semula Puzzle” yang mengandungi gambar-gambar kami. Puzzle dikatakan tidak lengkap apabila hanya satu bahagian tidak mencukupi begitu juga manusia. Manusia tidak sempurna apabila tidak mempunyai nilai saling memahami antara satu sama lain. Majlis penutup disudahi dengan sesi bergambar antara kami. Kami sangat berterima kasih kepada penduduk , pensyarah kami Dr.Chong Wu Ling dan kalian-kalian yang terlibat sama dalam menjayakan keseluruhan program kami. Kami juga memohon seribu kemaafan jika ada salah laku kami sepanjang aktiviti yang diadakan. Semoga kita ketemu lagi di lain hari.

No comments:

WELCOME TO OUR BLOG