Memberi walaupun sedikit namun terkandung sejuta makna.

 Yusliana binti Yusof
AIF 160041

Bismillah, Assalamualaikum dan Salam kasih dari saya,

Sepanjang tempoh lawatan ke WAO, betapa terpancar wajah kegmbiraan dalam diri mereka. Tatkala kami datang kepada mereka untuk mendekati, dan mengisi kekosongan yang telah lama dihimpit kesunyian. Benar, sesungguhnya tidak ada apa daya dari kami, selain dari bantuan dari Tuhan. Ketika kami ke sana, berbekalkan aktiviti, penyediaan hidangan ringkas serta membawa bungkusan makanan segera maka jelas ianya dapat mengembirakan mereka. Mungkin bagi kanak-kanak yang sedia lengkap sejak kecil, ianya tidak membawa apa erti namun berbeza dengan mereka. Segala kekusutan dengan program dan tugasan harian diletakkan di luar, datang kepada mereka dengan tujuan yang satu. Memberi walaupun sedikit namun terkandung sejuta makna.





No comments:

WELCOME TO OUR BLOG