WELCOME

Lawatan Sambil Belajar



MAIZATUL AQMALIEZA BT MOHAMMAD SALEHUDDIN
AIF160053


Sabtu 6Mei,2017  
 Aktiviti yang dilakukan pada kali ini amat menyeronokkan kerana kami pelajar-pelajar Jabatan Asia Tenggara berpeluang membawa kanak-kanak dari pusat jagaan Women Aid’s Organisations (WAO) keluar melakukan aktiviti lawatan sambil belajar.Pada hari tersebut,kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap satu kumpulan ditugaskan menjaga seorang budak daripada pusat jagaan tersebut.Ahli kumpulan saya terdiri daripada Sharafi yang bertindak sebagai pemandu,Syahirah dan Maslina.

Pada mulanya,kami sesat untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan dan menyebabkan pembaziran waktu namun segalanya berjalan lancar seperti yang diingini. Kami membawa kanak-kanak tersebut ke Planetarium Negara yang terletak di Tasik Perdana,Kuala Lumpur.Di sana,kami sendiri sebagai mahasiswa berpeluang memahami ruang angkasa dengan lebih mendalam.Begitu juga bagi kanak-kanak tersebut kerana ada di antara mereka yang menjadikan matapelajaran Sains sebagai subjek yang paling disukai di sekolah.
                
Planetarium Negara
      Seterusnya,kami terus ke taman rusa dan kancil . Namun malangnya,akibat cuaca yang agak panas pada hari tersebut,kami hanya berpeluang melihat seekor rusa sahaja.Disebabkan hal itu,kami terus membawa kanak-kanak tersebut makan bersama-sama sebelum membawa mereka bermain di taman permainan.Melihat mereka bermain dengan riang menyebabkan saya berasa sebak kerana senyuman dan ketawa mereka amat ikhlas.Kami membenarkan mereka bermain dengan bebas namun masih dalam kawalan agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pemandangan indah di Taman Rusa dan Kancil serta Muzium Negara
      Selain itu juga,kami turut berpeluang membawa mereka melawat ke Muzium Negara.Terdapat pelbagai khazanah warisan negara yang dipamerkan seperti baju-baju tradisional rakyat Malaysia,alat-alatan perang serta serpihan pinggan-mangkuk pada zaman dulu.Sebelum pulang,kami sempat mengambil gambar bersama-sama untuk dijadikan memori.Melalui aktiviti ini membuatkan saya sedar makna syukur dan tanggungjawab itu dengan lebih mendalam.Saya berharap kursus ini diteruskan lagi di Universiti Malaya agar dapat mendidik bakal-bakal mahasiswa menjadi seorang manusia yang lebih baik .






No comments: